Showing posts with label di saat . . .. Show all posts
Showing posts with label di saat . . .. Show all posts

20 March 2014

kehidupan

assalamualaikum w.b.t

agak lama menyepikan diri...banyak masa tetapi untuk menconteng di laman ini sepertinya tiada masa...kebetulan laptop ini pun bikin panas. sekelip mata masa berputar...ternyata tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan bertukar status kepada isteri orang..persoalannya bersediakah aku dan bersediakah si dia dalam menempuh kehidupan mencabar akan datang?? aku berharap aku punya kekuatan untuk menempuh alam baru dan jugak kekuatan untuk cabaran yang akan datang.. aku tidak hanya berharap si dia menjadi yang terbaik buat aku tetapi aku larh yang akan menjadikan setiap yang berlaku itu adalah sebaik perjalanan kerana segalanya bermula dari diri sendiri.. buat si dia berikan aku masa untuk memberpaiki dan menjalankan kehidupan seharian dengan seadanya dan terbaik untuk masa hadapan kita kelak.. aku jugak punya perasaan takut akan kehidupan yang tidak pernah aku jalani tetapi aku berharap bakal mempersembahkan hanya yang terbaik untuk kehidupan kita kelak. berikan kau dan aku masa untuk memperbaiki diri masing². ku berserah hanya padaMu Tuhanku. aamiin.

09 August 2013

08/OGOS/2013

assalamualaikum w.b.t

selamat menyambut aidilfitri...sedih...pilu...tetapi masih mampu memperlihatkan ketabahan. terima kasih Ya Rabb...ketabahan mereka masih bersama kami..redha itu milik kami.

19 June 2013

assalammualaikum w.b.t


setelah agak lama berdiam diri, aku kembali sebentar. sebentar cuma. sekadar untuk meluahkan segala rasa. atau sebahagian. atau contengan. makna hati tiada siapa mengerti. sembilan bulan telah berlalu. tiada siapa mampu mengertikan. 10 syaaban dan 20 hari lagi akan tiba ramadhan. pertama kalinya tanpa mereka. terasa janggal. tak perlu menunggu 1 ramadhan kerana waktu ini, bilamana aku berbuka puasa, sedih itu menjelma. ku kira ini adalah persediaan mentalku untuk 1 ramadhan kelak. cuma aku berharap akan lebih tabah pabila 1 syawal. 10 zulhijjah lepas, sebak menahan dada mendengarkan takbir pertama tanpa mereka. hanya usapan di kepala dan belakang dari mereka yang mengertikan rasa kami. semoga ketabahan dan kekuatan mereka sentiasa ada bersamaku.



#wahai Sang Pencipta, cucurilah RahmatMu ke atas kedua orangtua aku. Tempatkan roh mereka di kalangan orang² yang Kau kasihi sepertimana mereka mengasihiku. AAMIIN. 

12 September 2012

anak bulus.!! part II

petang marin bawak anak kuning g jumpa doktor kat jabatan haiwan. sian tengok dia tak lalu makan, minum pun tak nak. masa sampai kat kaunter pendaftaran tu, ramai plak staff kat jabatan tu mengerumun c anak kuning.comel bagai plak kan komentar mereka. ada plak tu siap nak angkat lagi anak kuning dari dalam raga. lepas je sesi pendaftaran, pembantu perubatan kot yang datang ambik c anak kuning.. dorang bawak masuk je anak bulus aku nie pastu tinggalkan aku terkebil² sorang diri depan kaunter tu. cinabeng sungguh.. semua staff yang dok kerumun tadi pun sama,lesap ikut pembantu tadi tu. dah aku plak yang cam orang dah tak betul sal diperlakukan sedemikian rupa. KEJAM SUNGGUH MEREKA. tapi Alhamdulillah anak bulus aku tak mengalami kecederaan yang serius. ingatkan patah ke kakinya. mungkin dia d x-ray kan kat dalam tu.... o.O cuma luka je. besar plak luka yang aku tak taw.. ohoooo.... dah kena bagi ubat luka je... nasib kau baik anak kuning. tak patah. kalau patah, dah kena simen. hahahaha.....
 
 anak bulus kuning lepas kuar dari bilik rawatan ngan ubat lukanya... malu lettew sal jumpa aweks². hahahaa~



#semalam aku bawak kuar anak bulus nie,selamba badak je dia nak kejar kumbang kat depan dia. cehhh..!! betul² degil & nakal kamu yah.!!

25 July 2012

TERTEKAN.!!

serius aku tertekan.

maaf... hati aku dah beku.
mungkin juga mati, untuk orang seperti kamu.
maaf... telah aku tetapkan bahawa kamu hanya teman.
kita hanya teman sahaja.

sungguh aku sangat tertekan.
buntu untuk menyampaikan hasrat.
jangan mengharap padaku.
kamu bukan orangnya.

tuhan tolong beritahu dia.
aku bukan untuknya.
sungguh aku tak mampu.
takkan terluah.
dia memang bukan untukku.

sangat² tertekan.
menghimpit dada.
menyesakkan fikiran.
arghhhhhhhhhhhhhhh...!!!!

#tolong jangan ganggu aku.sungguh aku rasa sangat tertekan.bukan untuk mengelak tapi telahku katakan padamu.kita hanya teman.takkan mampu untuk aku ubah itu.sungguh.!!

16 February 2012

ulang tahun.

sedar tak sedar dah setahun belog aku nie. begitu cepat masa berlalu. tapi kesedaran apakah yang timbul..?? atau hanya omongan kosong yang berlalu di imaginasi.? perlu apakah untuk berkhayal? kenapa tidak melangkah terus? umphh.... keberanian itu belum menghampiri. dan seringkali ditipu. kesudahannya aku tetap begini. dan akan terus begini. hanya usia yang bertambah. ermm...... 



sedih. sangat sedih. terlalu sedih. Tuhan beri aku kekuatan untuk berani mencuba, melangkah yakin. pinjamkan aku tangan ajaib untuk memimpin langkah ini.


#Tuhan tolong dengarkan luahan ini ya.

16 August 2011

kepiluan lagi~

ada kepiluan di relung hati,
ada kesedihan di lubuk hati,
ada kesayuan di birai mata,
akankah mengalir si air sayu...

"sedih itu masih terasa,
pedih itu masih terasa,
dan tubir mata mulai berkaca"


ku pohon padaMu
kuatkan hati ku
menghilangkan sisa yang masih terasa.
adakah benar KARMA itu pasti...
Tuhan  berikan aku sedikit kekuatan,
teman pinjamkan aku secebis ketabahan,
untuk melupakan sesuatu yang terjadi.....



~nUr_nana~