21 June 2013

psttt.!!

assalammualaikum w.b.t


 سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ





SEANDAINYA TELAH KAU TETAPKAN DIA UNTUKKU, MAKA DEKATKANLAH KAMI, SATUKANLAH KAMI DAN PERMUDAHKANLAH SEGALANYA


 
TETAPI SEKIRANYA DIA BUKAN UNTUKKU, KAU JAUHKANLAH KAMI, BUANGKAN PERASAAN DI ANTARA KAMI DAN HILANGKANLAH RASA KECEWA ANTARA KAMI

AAMIIN YA RABB 

19 June 2013

assalammualaikum w.b.t


setelah agak lama berdiam diri, aku kembali sebentar. sebentar cuma. sekadar untuk meluahkan segala rasa. atau sebahagian. atau contengan. makna hati tiada siapa mengerti. sembilan bulan telah berlalu. tiada siapa mampu mengertikan. 10 syaaban dan 20 hari lagi akan tiba ramadhan. pertama kalinya tanpa mereka. terasa janggal. tak perlu menunggu 1 ramadhan kerana waktu ini, bilamana aku berbuka puasa, sedih itu menjelma. ku kira ini adalah persediaan mentalku untuk 1 ramadhan kelak. cuma aku berharap akan lebih tabah pabila 1 syawal. 10 zulhijjah lepas, sebak menahan dada mendengarkan takbir pertama tanpa mereka. hanya usapan di kepala dan belakang dari mereka yang mengertikan rasa kami. semoga ketabahan dan kekuatan mereka sentiasa ada bersamaku.



#wahai Sang Pencipta, cucurilah RahmatMu ke atas kedua orangtua aku. Tempatkan roh mereka di kalangan orang² yang Kau kasihi sepertimana mereka mengasihiku. AAMIIN.