29 February 2012

pergi yang tak kembali (27/Febuari/2012)

tersentak hati saat membaca sms dari mak yang mengatakan bahawa puan itam dah takde lagi. pergi meninggalkan semua pada jam 10 pagi. pada jam 12.30 tengahari puan itam telah selamat dikebumikan bersebelahan pokok mangga. airmata mengalir akan pemergian yang tak kembali lagi. sedih. pilu. itu yang kurasakan. hanya mampu mengenangkan kembali saat-saat bersama dengannya. gelagatnya yang sangat sopan. serius..!! aku tak pernah ketemu dengan mana-mana makhluk yang sama dengan puan itam. sungguh bersopan. aduhh... rindu. selepas ini tak akan ada lagi bebelan kami padanya, pujukan apatah lagi. teramat senang menjaganya tapi teramat jenuh memujuknya untuk makan. rindu lagi.!! semoga kau tenang di sana ya puan itam. :') bertemu dengan anak-anakmu yang telah pergi dahulu. bertemu dengan penciptaMu. wahai Sang Pencipta bahagiakanlah makhluk kesayangan Rasulullah ini. semoga kita bertemu lagi ya puan itam. permata hati sekeluarga.


hanya tinggal kenangan


 di mana ada kami,di sana ada dia


 yaaa... itu kamu puan itam. mengikut langkah kaki kami semua.




 renungan mata yang takkan dapat dilihat lagi. mendamaikan perasaan. sayu. sedih. rindu.!




         
    
                      
              





    




                           


#wahai Sang Pencipta, bahagiakanlah pemilik mata itu ya.




16 February 2012

ulang tahun.

sedar tak sedar dah setahun belog aku nie. begitu cepat masa berlalu. tapi kesedaran apakah yang timbul..?? atau hanya omongan kosong yang berlalu di imaginasi.? perlu apakah untuk berkhayal? kenapa tidak melangkah terus? umphh.... keberanian itu belum menghampiri. dan seringkali ditipu. kesudahannya aku tetap begini. dan akan terus begini. hanya usia yang bertambah. ermm...... 



sedih. sangat sedih. terlalu sedih. Tuhan beri aku kekuatan untuk berani mencuba, melangkah yakin. pinjamkan aku tangan ajaib untuk memimpin langkah ini.


#Tuhan tolong dengarkan luahan ini ya.