29 November 2014

29/11/2014


Assalamualaikum wbt




Den toraiii... Jangan marah ea... ;)

25 March 2014

my chenta aty. ;)

assalamualaikum w.b.t

saja nak tunjuk gambar chenta aty aku, boipreng aku, kawan aku, bakal suami aku (inshaAllah jika diizinkanNya), tunang aku dan jugak yang penting teman aku bergaduh.. hahaha... aku mengharapkan agar perhubungan ini kekal hingga ke akhirnya. aamiin.

taraaaaa......hidung kami comel kan? haha :p



dia nie memang x pernah nak buka topi.. masalah keguguran rambut katanya.. tapi aku x kesah pun.. cuma yang aku geram sangat² bila dia langsung x nak tanggalkan topi walau dalam rumah.! grrrr...!! bagi aku x payah lah malu sangat.. nanti pun sedara mara aku taw jugak.. cisss.!! apa sekalipun keadaan fizikal u, i tetap sayang dan terima apa adanya u.. chewahhhh... 

dalam setiap perhubungan harus ada suka dan duka begitu jugak kami.. selalu ada saja masalah yang datang sehinggakan aku merasakan seperti x mampu menghadapinya lagi tetapi aku kuatkan semangat dan pujuk hati bahawa ini adalah yang terakhir pencarianku... terlalu banyak liku yang aku jalani sepanjang 10 bulan mengenalinya tetapi biarlah hanya kami yang mengetahuinya.. hehe.. aku sendiri x menyangka bahawa perkenalan singkat ini membawa ke ikatan pertunangan.. di awal pertunangan aku sendiri x percaya bahawa aku kini adalah tunangan dia, sehinggakan bila orang bertanyakan mengenai dia aku hanya tergelak.. sekarang 3 bulan menyandang gelaran tunangan kepada MR.MIAA, pun aku masih lagi agak segan untuk mengatakan "tunang".. lebih kepada menyebut boipreng.. kikiki..

nie gambar lepas sarung cincin.. malu² miow konon..

aku berharap aku boleh melakukan yang terbaik di dalam perhubungan ini, begitu jugak dia.. sekarang ini kami masing² sedang memperbaiki dan mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar selepas ini.. sebelum menoktahkan coretan ringkas ntahapaapanie, aku berharap dia luangkan lebih masa untuk mendalami Islam.. terlalu banyak yang sama² perlu kami baiki.. ilmu aku yang hanya sedikit ini akan aku kongsikan padanya.. arghh.... menulis tetapi sebenarnya idea ke laut... aduiii.... mengapa terjadi..??

my MR.MIAA


kikiki

k babai...........

20 March 2014

kehidupan

assalamualaikum w.b.t

agak lama menyepikan diri...banyak masa tetapi untuk menconteng di laman ini sepertinya tiada masa...kebetulan laptop ini pun bikin panas. sekelip mata masa berputar...ternyata tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan bertukar status kepada isteri orang..persoalannya bersediakah aku dan bersediakah si dia dalam menempuh kehidupan mencabar akan datang?? aku berharap aku punya kekuatan untuk menempuh alam baru dan jugak kekuatan untuk cabaran yang akan datang.. aku tidak hanya berharap si dia menjadi yang terbaik buat aku tetapi aku larh yang akan menjadikan setiap yang berlaku itu adalah sebaik perjalanan kerana segalanya bermula dari diri sendiri.. buat si dia berikan aku masa untuk memberpaiki dan menjalankan kehidupan seharian dengan seadanya dan terbaik untuk masa hadapan kita kelak.. aku jugak punya perasaan takut akan kehidupan yang tidak pernah aku jalani tetapi aku berharap bakal mempersembahkan hanya yang terbaik untuk kehidupan kita kelak. berikan kau dan aku masa untuk memperbaiki diri masing². ku berserah hanya padaMu Tuhanku. aamiin.