07 October 2012

selepas 22 hari.

assalamualaikum wbt...

malam ini selepas 22 hari aku kehilangan kedua orang tua akibat kemalangan jalanraya, aku menulis sesuatu di sini.. bukan untuk meluahkan rasa kerana aku takut sedih itu mengganggu perjalanan hidup untuk selepas ini. sekadar untuk menulis.. menghilangkan sesuatu juga mungkin. atau apa saja boleh jadi. 

tak pernah aku terpikirkan untuk kehilangan mereka tetapi sebagai hamba Allah yang tidak mempunyai apa² kuasa, aku harus pasrah dan redha dengan pemergian mereka. sungguh sekarang ini aku sangat rindukan rutin harianku bersama mereka. ketawa.. bergurau-senda... arghh.... rindu itu datang lagi. semoga Allah tempatkan roh kedua orang tua aku di kalangan orang² yang di kasihi sepertimana mereka mengasihaniku selama hayat mereka.

aku sepertinya tidak mampu untuk meneruskan penulisanku ini kerana sebak seringkali mengetuk hati.. memanggil airmata.. 


"YA ALLAH YA TUHANKU... HANYA KEPADAMU AKU BERMOHON.. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPAKU, LAPANGKANLAH KUBUR MEREKA, JAUHKANLAH SEKSAANMU DARI MEREKA, TEMPATKANLAH ROH MEREKA DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG KAU KASIHI SEPERTIMANA MEREKA MENGASIHANIKU, BAHAGIAKANLAH MEREKA DI SANA, LINDUNGILAH MEREKA DI DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU. AAMIIN YA RABBAL ALAMIIN..."