21 February 2013

Layan Mata.

Assalamualaikum wbt...

Hari nie adalah hari yang boleh membuatkan aku bosan amat. Dan jugak lapar sedunia. Seorang² memang macam nie ke..?? Hehe... Lupa pulak. Sekadar duduk online, layan game online dan online, online, online. Haiyarghhhhh.... Hari nie aku bercuti dari meniaga. Bun takde lah. Haha. Nak keluar pekan sangat² MEMALAS. Dah keluar pun kelmarin. Okey lah. Setakat sini dulu. Nanti lagi jari menaip. Bye.

#Wahai sang Pencipta, sampaikan salam kerinduan aku kepada mereka Di Sana. Aamiin. :')

07 February 2013

07 Febuari 2013


assalamualaikum wbt...

hari ini aku membuka catatan baru di bulan febuari tahun 2013. begitu lama aku membiarkan belog ini sepi... sepi seperti diri aku tatkala ini. sebenarnya aku amat² merindui kedua orangtua yang telah pergi september tahun lepas. bagi aku tahun 2012 memberikan banyak kenangan terhadap aku dan juga insan sekeliling aku. kerana pada tahun lepas jugak aku kembali ke kampung halaman. setelah agak lama iaitu beberapa bulan memikirkan akan keputusan tersebut, akhirnya Mei 2012 aku kembali ke kampung halaman. dan 4 bulan kemudian aku kehilangan permata sanubari, syurga dunia aku, cahaya indah di mataku. ramai yang mengatakan padaku bahawa nasib aku tidaklah seteruk orang lain. tetapi aku tetap merasakan aku insan yang paling malang sekali di dunia ini. hilang tempat bermanja, bergurau-senda dan segala-galanya. mereka yang berkata-kata takkan pernah merasakan apa yang aku rasakan kerana mereka masih mempunyai kedua ibubapa atau salah seorangnya lagi. kehilangan yang serentak itu juga sebenarnya adalah rentapan semangatku yang sehingga sekarang aku masih tercari-cari akan semangat itu kembali padaku. sungguh perit... terasa bebanan di bahu ini. sesak dada ini. semoga suatu saat aku bisa melepaskan kesemuanya dengan aman sekali seperti tenangnya kedua orangtua aku meninggalkan alam fana ini. aku berharap semoga pada tahun ini akan dapat memberikan aku walau sedikit semangat dan keceriaan seperti sebelum pemergian mereka. 

ikhlas aku katakan bahawa aku redha dengan pemergian mereka, sabar aku dalam segala takdirku. cuma aku masih lagi belum mempunyai sepenuhnya semangat seperti sebelumnya. aku tahu Tuhan memberikan segala yang aku perlukan sehingga tiba saatnya dan sehingga kini aku sendiri yang perlu mencari apa yang aku perlukan itu. penulisan aku pada kali ini hanya sebagai luahan perasaan yang terpendam selama ini. tiada tempat untuk aku meluahkan rasa. ku pinta pada Tuhan semoga di suatu saat nanti, akan ada seseorang yang mampu mendengar seperti mereka mendengarkan aku.

#semoga mereka tenang dan bahagia di sana. Tuhan dengarkan aku, aku sangat merindui mereka. jagakan mereka ya Sang Pencipta. akan aku titipkan doa buat mereka setiap hari. Terima Kasih Ya Allah. :')